Friday, 11 January 2013

STPM dah TAMAT!!


Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah.. akhirnya kami berdua selesai menduduki STPM ..
satu-satunya ujian sebagai penentu masa depan kami berdua..
namun gagal atau lulus .. kita masih berpeluang untuk berjaya
dan masih ada banyak jalan lain untuk kita terus berjaya.. asalkan kita rajin berusaha
INSYA'ALLAH

Dengan ini, kami memberi kesempatan juga untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar nanti ..jangan mudah berhanti berusaha.. dengan jujurnya.. kita semua sememangnya memiliki sifat malas
yang tidak boleh kita nak elakkan.. tetapi .. malas itu jangan dimanjakan sangat

Sepanjang pengalaman kami berdua... usaha haruslah dari awal lagi .. kerana kami juga pernah mengamal sifat leka.. dari situ kami sedar bahawa kami harus bermula dari awal
tapi bukan bererti kita terlambat untuk bermula dari awal dan kita hanya membiarkan diri kita terus hanyut
masih berkesempatan untuk kita terus berusaha

Satu hal lagi yang awak semua perlu tahu.. teruskan mencapai impian .. jangan mangambil sesuatu keputusan yang jauh dari keinginan atau impian .. mungkin kita akan merasa menyesal.. kecuali bagi mereka yang berani membuat keputusan diluar harapan mereka mungkin tidak akan rasa menyesal.. setiap manusia mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza.. namun bagi yang tidak mampu, maka pertimbangkanlah setiap keputusan yang ingin kita lakukan

Akhir sekali dari kami ... semoga awak semua akan terus menimba ilmu sehingga ke hari tua .. kerana mencari ilmu itu juga suatu ibadat .. dan doakan kami berdua supaya mencapai impian kami.. INSYA'ALLAH .. semoga semuanya dengan keizinan dari Allah .. AMIIN..


No comments:

Post a Comment